photo3.jpg

 BIODATA PENULIS

Saya seorang guru yang sedang bertugas di SMK. Tasek Utara 2, Johor Bahru. Berasal dari Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK. Sungai Pas Kuala Krai. Di peringkat menengah mendapat pendidikan di SMA Amir Indera Putra, Bachok dan menyambung pelajaran di Maahad Muhammadi Kota Bahru sehingga tingkatan 6 atas.

Pada tahun 1989 hingga 1993 menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir. Mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1995.  Mula berkhidmat sebagai  Guru Pendidikan Islam bermula pada tahun 1995 di SMK. Tasek Utara, J.Bahru. Menjadi Pensyarah Sambilan di Institusi Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bahru. Kini menjawat sebagai Penolong Kanan HEM di SMK. Tasek Utara 2,  J.Bahru.

SEKAPUR SIREH DARI PENULIS 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khasnya para guru yang dihormati. Tujuan Utama Blog Sembang-sembang Guru ini diadakan ialah untuk menjadikan blog ini sebagai satu platform bagi guru-guru berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dan menambah ilmu pengetahuan khasnya dalam bidang internet.

Perkembangan IT makin pesat dalam dunia pendidikan, justeru itu setiap guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu IT. Penggunaan komputer dan internet di sekolah sudah tidak dapat dielakkan. 

Sekiranya kita masih lagi kelabu dalam bidang internet, sudah tentu kita akan jauh ketinggalan. Menyedari hakikat ini, maka blog Sembang-sembang Guru diadakan.  semoga ianya dapat membantu para guru yang tidak mempunyai asas internet.

Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan bagi kebaikan blog ini. Sekian jumpa lagi.  

3 Responses to “PENULIS”

  1. mohd radhi yaacob Says:

    terima kasih kerana berkongsi maklumat dan bahan untuk P & P. Moga ia berkekalan dan makin berkembang maju.

  2. mohamad Says:

    Asalamualaikum saudara yang dihormati,saya persara kerajaan dan isteri seorang guru, memang benar guru sekarang dan dahulu berbeza dan mencabar terutama dalam menguasai IT dan cabaran semasa kini.Walaupun hampir bersara 18 bulan lagi beliau dapat menguasainya,Sebagai seorang guru cemerlang di sekolahnya beliau juga terpaksa menghadiri pelbagai kursus,seminar,bengkel persidangan dan mesyuarat dimerata tempat dari utara hingga keselatan.Berbekalkan pemikiran yang positif dalam segala hal beliau berjaya dalam kerjayanya.Sebagai seorang suami yang berkongsi hidup dengannya saya bersimpati dan terharu diatas kegigihan beliau walaupun ada masa terpaksa singgah di rumah sekejab sahaja untuk menunaikan solat dan bergegas dalam hujan lebat ke hotel untuk mengahadiri bengkel selama 5 hari disitu.
    Begitulah kehidupan seorang yang bergelar guru mencari rezeki yang belum tentu halal haramnya.Mudahan mudahan isteri saya mendapat rezeki yang halal untuk dikongsi bersama insaalah.Kenapakah saya berkata begitu,dalam usaha memajukan murid guru dikehendaki melengkapkan diri dalam pelbagai bidang ilmu,justeru itu pihak berwajib mengarahkan guru berkursus dan sebagainya.Guru-guru terpaksa meninggalkan keluarga,mengadai nyawa dijalan raya dan dilautan untuk menghadir diri ke tempat kursus,yang sekarang ini dibuat dihotel terutama di Pulau Langkawi,Pulau Pangkor, Cameron Highland dan di tempat lain.Sebagai seorang islam,harga diri seseorang itu dalam mencari rezeki yang halal lagi diberkati hendaklah merujuk kepada cara hidup islam maksudnya jika tidak perlu berjauhan dengan keluarga dan bermalam di hotel itu adalah lebih baik.Kos berlebihan yang boleh dijimat bolehlah diperuntukan kepada perkara lain yang lebih memerlukan.Masaalah fitnah rumah tangga boleh dihindar,menjauhkan diri dari zina semasa dihotel,hindar dari maksiat mata semasa dimeja perbincangan,makanan yang dihidang meragukan halal haramnya dan menjaga pergaulan bebas lelaki perempuan yang bebas dalam suasana hanya orang dewasa sahaja berada di hotel selama berhari-hari di situ.Segala usaha murni guru hendaklah diiringi dengan amalan orang solleh dan sollehah samada lelaki atau wanita supaya anak didik menjadi orang berguna.Marilah kita renung permasalahan sosial dimasa kini, dimana silapnya,adakah ibu yang mengandung atau guru yang mendidik.Amanah allah hendaknya dijaga,janganlah ada unsur-unsur yang menjadi kemurkaan allah semasa kita menjalankan tugas.Guru yang diberi tanggung jawab selain ibu bapa hendaklah menjadi contoh jangan umpama perpatah melayu berbunyi ketam menyuruh anaknya berjalan betul atau guru kencing berdiri murid kencing berlari.Berlaku kecelaruan dalam sistem pendidikan mengenai masalah guru yang tidak berdisplin,murid yang biadap,ibubapa yang berang adalah berpunca masyarakat tidak mahu mengikut peraturan ilahi dalam kehidupan seharian.Isteri yang durhaka kepada suami,suami yang curang dan tidak amanah inilah yang berlaku hasil perkembangan pesat sistem pendidikan dinegara kita sehingga manusia terlupa menjaga tata susila kehidupan secara islam.Terutama guru-guru yang asik memperjuangkan gaji semata-mata dan tidak amanah semasa bertugas.Jadilah kita orang yang sukur nikmat allah.Akhirnya saya sudahi dengan ribuan ampun dan maaf sekiranya coretan saya ini menginggung mana-mana pihak.Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s