Tema Hari Guru tahun ini sangat bermakna buat warga pendidik. Saya rasa terpanggil untuk menitip sesuatu buat kalian semua. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG.  Pemilihan tema ini  sangat tepat sekali dengan tugas guru sebagai Agen Pembangunan negara. Anda setuju atau tidak, ianya adalah pasti dan terbukti. 

Guru adalah pendidik, pembimbing, penunjuk jalan. Guru juga adalah desingner yang bisa mencorak masa depan. Saya teringat kepada sebuah sajak bingkisan Prof.Dr.Awang Had Salleh. ” Kalau hari  ini seorang Perdana menteri  memerintah negara, seorang peguam menang bicara, seorang doktor menyelamatkan nyawa, seorang arkitek bijak merencana, seorang…., seorang…., seorang….. semuanya bermula daripada usaha seorang guru.”   Besarnya pengorbanan dan  jasa seorang guru tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Guru adakalanya terpaksa membakar diri menyuluh jalan untuk muridnya. Percayalah, bahawa guru tidak pernah meminta jasa dan pengorbanannya dibalas. Seorang guru akan merasa puas dan bangga apabila melihat muridnya berada dipuncak jaya. Menjawat jawatan tinggi dalam negara, mengepalai sebuah perniagaan yang berdaya, mengetuai sebuah organisasi bangsa,  memerah minda petah berbicara, mengurus khazanah negara tanpa dicuriga. Mencurah kudrat tanpa berkira.Menjadi insan berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Bezanya guru dulu dan sekarang kerana berbeza anak bangsanya. Saya pasti  semua guru tahu jawapannya. Sebagai seorang guru tidak terniat sedikit pun untuk menyakitkan anak didiknya. Guru berusaha keras sehingga ada ketika terlepas rasa.  Lalu mengheret guru ke kamar bicara. Aduh, alangkah beratnya tugas guru. Guru sekarang terdedah bahaya.  

Saya menerima banyak SMS dari rakan guru dan bukan guru. Hampir 50 SMS yang sempat saya baca. Saya pilih beberapa SMS dan paparkan di sini buat tatapan anda semua.  Ada yang berbentuk penghargaan , sindiran  dan cadangan kepada guru.  Renungkan !!!.

1. Setinggi mana capaian tokoh ternama itu, melata manapun kaisan kerdil melukut itu dalam bingkai masa kehidupanya, pasti ia pernah disentuh jejari lembut seorang insan… GURU namanya, CIKGU panggilannya. Selamat hari guru.

2.  The best teaghers,teach from the heart not from the books. Happy teaghers day.

3.  One cent can start a million, one smile can start friendship. One touch can show you care, and  one teacher can make life worth living.

4.  Kalau ada didunia ini sesuatu kejujuran dan kelapangan hati, satu diantaranya adalah pekerjaan guru..   HAMKA.

5.   Beli dedok rumah Pok Ja

      Make  ko aye tepi jemore

      Kalau budak kure aja

      Bui Pnapa sebutir sore.        Ha…ha  … Selamat Hari guru.

6.   Dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk kelas kau kata DIA malas. Bila DIA beri nasihat kau kata DIA bung tabiat. Bila DIA marah-marah kau kata DIA cepat naik darah. Kini…. Kau adalah DIA. Selamat Hari Guru.

Selamat hari guru dari saya.

Maalim, Johor Bahru.