Selepas mendengar taklimat daripada pengetua, kami guru-guru terus mengambil tindakan segera. Ada yang stay back sampai petang, ada yang sampai malam,bahkan hari minggu  pun ada guru yang datang menyiapkan kerja-kerja menceriakan sekolah. Kebanyakkan guru bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah. Demikianlah sikap guru berkorban tanpa mengira waktu,tenaga dan wang ringgit. sehari sebelumnya kami dikejutkan dengan lawatanPengarah Pelajaran Negeri Johor yang baru. Kebetulan pada waktu itu pengetua saya tiada kat sekolah. Jadi saya dan beberapa orang guru mengiringi beliau membuat tinjauan pada hari itu. Apa yang menarik tentang lawatan ini ialah tentang impak yang kami dapat. Walaupun pengarah banyak memberi teguran,namun saya melihat secara positif bukan dari sudut negetif. Apalah yang dapat ditonjolkan dengan sekolah yang baru seperti ini. Cukup bagus kalau kita berjaya  membina identiti dan seterusnya barulah kita dapat membina kejayaan. Saya sempat memberi ingatan kepada guru-guru dalam taklimat pada petang itu . “Tugas adalah Amanah,laksanakan tanpa kerenah ,moga jadi ibadah.