Ketika saya ke Airport Senai pada 21/4/2007 kerana  satu tugasan saya terserempak dengan YB. Dato’ Shahrir Samad yang kebetulan akan menuju ke KL dan kami bersembang seketika.

img_0722.jpg    img_0723.jpg 

 (sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas)

Beliau masih lagi mengingati saya kerana pada bulan lepas beliau telah datang ke sekolah saya merasmikan mesyuarat Agong PIBG. Beliau bertanyakan keadaan sekolah saya yang telah dua kali beliau kunjungi. Apabila masuk bab pelajar saya mula rasa lemah, susah nak jawab. Entahlah Datuk, pelajar-pelajar saya ni terdiri daripada latar belakang keluarga susah. Ibubapa sibuk bekerja. Ayah kerja siang, emak pula kerja malam dan sebaliknya.

Kat rumah tiada orang, kalau pun ada adik beradik masing-masing buat hal tanpa kawalan. Mereka ni ada yang tinggal di flat, rumah persinggahan, setinggan dan lain-lain. Mereka tak pentingkan sangat pelajaran Datuk, tegas saya. Asal anak ada kat sekolah sudah cukup. Mereka jarang siasat dengan siapa anaknya berkawan, kemana anaknya keluar.

Kalau berkawan dengan pelajar yang baik, mereka akan ke sekolah,  kalau tidak, menghabiskan masa di pusat membeli belah ataupun terperosok kat rumah tanpa endah. Tak minat datang sekolah. Dato’ Shahrir mengangguk tanda mengiyakan penjelasan saya. Tapi apa yang telah awak buat, soalannya jelas masuk ke telinga saya. Saya terdiam. Wujudkan enviroment, wujudkan enviroment”.  Beliau mengulanginya beberapa kali, pasti pelajar suka datang sekolah. Memandangkan masa tidak mengizinkan, perbualan kami terhenti di situ dan beliau berjalan menuju ke pesawat meninggalkan saya dengan satu tugasan.