Pada akhir minggu lepas saya berkesempatan mengikuti  satu Kursus Kepimpinan Jati Diri Pelajar yang telah dianjurkan oleh sekolah saya. Pesertanya terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Tingkatan, Pengawas Perpustakaan dan beberapa orang pelajar biasa yang memohon untuk turut serta. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari. Oleh kerana ada tugasan lain yang terpaksa saya uruskan , saya hanya berkesempatan mengikutinya pada hari terakhir.

Setibanya di sana saya dimaklumkan oleh seorang Guru Pengiring bahawa perkhemahan ini berjalan lancar dan saya terus mengikuti aktiviti pelajar. Saya cukup kagum dengan semangat pelajar yang telah berjaya mengharungi aktiviti-aktiviti lasak samada siang ataupun malam. Saya juga berasa terharu dengan beberapa orang guru saya yang telah berkorban untuk menjayakan program ini terutamanya En………. satu-satunya guru lelaki yang sanggup bermalam bersama pelajar di sana sepanjang kursus tersebut.Yang lain bukan tak sanggup, tapi datang dan balik. Dua minggu lepas saya telah memanggil guru ini dan saya memberi ceramah yang cukup panjang dalam bilik tertutup.

Saya rasa saya bertanggungjawab untuk menjelaskan beberapa perkara kepada guru muda ini untuk kebaikan dirinya di masa hadapan. Saya memberi beberapa tips untuk memajukan diri dalam apa jua pekerjaan khususnya bidang perguruan.

Kalaulah tidak kerana ceramah saya tempohari mungkin juga dia  datang dan balik. Saya bertemu semula dengan peserta kursus di sekolah. Dalam hati saya mendoakan janganlah pelajar ini hanya sekadar datang dan balik.