Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khasnya para guru yang dihormati. Tujuan Utama Blog Sembang-sembang Guru ini diadakan ialah untuk menjadikan blog ini sebagai satu platform bagi guru-guru berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dan menambah ilmu pengetahuan khasnya dalam bidang internet.

Perkembangan IT makin pesat dalam dunia pendidikan, justeru itu setiap guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu IT. Penggunaan komputer dan internet di sekolah sudah tidak dapat dielakkan. 

Sekiranya kita masih lagi kelabu dalam bidang internet, sudah tentu kita akan jauh ketinggalan. Menyedari hakikat ini, maka blog Sembang-sembang Guru diadakan.  semoga ianya dapat membantu para guru yang tidak mempunyai asas internet.

Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan bagi kebaikan blog ini. Sekian jumpa lagi.