Guru perlu latihan ke ? Kan guru dah dapat latihan semasa di Maktab dan Universiti.  Jawapannya YA.  Tugas guru tak sama dengan kerani,atau pegawai bank atau lain-lain jawatan lain.  Guru sentiasa perlu melakukan perkara yang berbeza setiap hari. Tak seperti kerani.Justru itu latihan demi latihan perlu dijalani sentiasa. Dengan erti kata lain guru perlu menambah ilmu setiap ketika supaya ilmu guru tidak jumud dan terhenti.

Ulama Mutaakhirin termasuk pakar-pakar perubatan telah menemui pelbagai rahsia daripada solat. Di antara hasil kajian mereka ialah:

1. Waktu yang paling berkesan dapat meredakan tekanan(release stress) ialah ketika sujud

2. Gerakkan di dalam solat mempercepatkan penghadaman makanan serta melancarkan perjalanan darah.

3. Kajian saraf oleh seorang pakar neurologi di Amerika syarikat telah mendapati terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah, sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara lebih normal. Setelah membuat kajian yang agak lama, barulah beliau menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf tersebut melainkan ketika sujud sahaja.  Urat saraf tersebut memerlukan darah pada sukatan yang tertentu . Ketika sujud waktu solat merupakan jangka masa terbaik untuk darah memasuki urat tersebut.

Boikot Product Ducth selama-lamanya. 

Sesiapa yang pernah menonton filem FITNA akan terasa sungguh tercabar dengan sikap jahat dan kurang ajarnya terhadap agama islam.  Apa yang dipaparkan itu adalah sama sekali tidak benar dan merupakan propaganda jahat Yahudi untuk menakut-nakutkan orang bukan islam kepada islam. Ia memberi gambaran bahawa orang islam tidak boleh didekati. Dari satu sudut ia merupakan satu provokasi supaya orang islam bertindak balas dengan kekerasan yang akhirnya membawa kepada permusuhan.  Demikianlah taktik barat untuk menjahanamkan islam. 

Justru itu kita patut bekerjasama dengan memboikot semua jenis barang keluaran Belanda. Antaranya ialah Produk Dutch, Shell,Philips dan lain-lain lagi. Tetapi MALANGnya TV3 dalam program JOMHEBOH di Kangar masih tidak sensitif langsung dengan perasaan umat islam yang telah dihina di seluruh dunia. TV3 dengan bangganya bersuka ria  mengiklankan barangan Dutch tanpa ada sedikit pun penyelesaian. Di manakah Pemimpin Jejek Rasul TV3. Datuk FR kena fikir 1000 kali.

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2008

Maksud Hadis Nabi S.A.W ,”Jadilah kamu orang alim(orang berilmu yakni guru) atau orang yang belajar(pelajar), atau orang yang mendengar, tetapi jangan kamu jadi golongan yang ke empat iaitu orang yang merosakkan(penghalang kepada majlis ilmu).

Maksud hadis di atas jelas suatu galakkan kepada manusia supaya menuntut ilmu. Menjadi orang alim dan berilmu pengetahuan yang tinggi adalah sangat mulia di sisi Allah. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah semuanya penting. Mempunyai ilmu dan menyampaikan kepada orang lain adalah suatu kewajiban. Justru itu,menjadi seorang guru murshid adalah pekerjaan yang sangat mulia. Perbuatan merendah-rendahkan profesion perguruan adalah bertentangan dengan maksud hadis.

Sudah hampir setahun saya tidak menjengok blog ini. Saya fikir blog saya ini telah dipadamkan. Namun telahan saya meleset. Blog saya masih boleh dibuka.. Saya mula membuat blog pada awal tahun lepas. Namun terhenti kerana kesibukan dengan rutin harian dan tugasan baru. Ramai sahabat saya mencadangkan kepada saya supaya mengadakan suatu kursus pembinaan blog. saya teringat kepada blog saya yang telah lama saya tinggalkan. Dulu saya fikir laman ini tidak banyak memberi impak,namun setelah banyak pihak seringkali membicarakan tentang blog dan blogger baru saya sedar betapa pentingnya laman ini dalam dunia tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh menguruskan blog,menyediakan bahan bacaan,sumber ilmu,berita  dan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Bekerja untuk sesuatu yang baik adalah tinggi dan besar nilainya. Justru itu saya kembali aktif. Sebagai guru medan untuk menyampaikan ilmu tidak terhenti didalam kelas tetapi juga di sini.

Tema Hari Guru tahun ini sangat bermakna buat warga pendidik. Saya rasa terpanggil untuk menitip sesuatu buat kalian semua. GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG.  Pemilihan tema ini  sangat tepat sekali dengan tugas guru sebagai Agen Pembangunan negara. Anda setuju atau tidak, ianya adalah pasti dan terbukti. 

Guru adalah pendidik, pembimbing, penunjuk jalan. Guru juga adalah desingner yang bisa mencorak masa depan. Saya teringat kepada sebuah sajak bingkisan Prof.Dr.Awang Had Salleh. ” Kalau hari  ini seorang Perdana menteri  memerintah negara, seorang peguam menang bicara, seorang doktor menyelamatkan nyawa, seorang arkitek bijak merencana, seorang…., seorang…., seorang….. semuanya bermula daripada usaha seorang guru.”   Besarnya pengorbanan dan  jasa seorang guru tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Guru adakalanya terpaksa membakar diri menyuluh jalan untuk muridnya. Percayalah, bahawa guru tidak pernah meminta jasa dan pengorbanannya dibalas. Seorang guru akan merasa puas dan bangga apabila melihat muridnya berada dipuncak jaya. Menjawat jawatan tinggi dalam negara, mengepalai sebuah perniagaan yang berdaya, mengetuai sebuah organisasi bangsa,  memerah minda petah berbicara, mengurus khazanah negara tanpa dicuriga. Mencurah kudrat tanpa berkira.Menjadi insan berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Bezanya guru dulu dan sekarang kerana berbeza anak bangsanya. Saya pasti  semua guru tahu jawapannya. Sebagai seorang guru tidak terniat sedikit pun untuk menyakitkan anak didiknya. Guru berusaha keras sehingga ada ketika terlepas rasa.  Lalu mengheret guru ke kamar bicara. Aduh, alangkah beratnya tugas guru. Guru sekarang terdedah bahaya.  

Saya menerima banyak SMS dari rakan guru dan bukan guru. Hampir 50 SMS yang sempat saya baca. Saya pilih beberapa SMS dan paparkan di sini buat tatapan anda semua.  Ada yang berbentuk penghargaan , sindiran  dan cadangan kepada guru.  Renungkan !!!.

1. Setinggi mana capaian tokoh ternama itu, melata manapun kaisan kerdil melukut itu dalam bingkai masa kehidupanya, pasti ia pernah disentuh jejari lembut seorang insan… GURU namanya, CIKGU panggilannya. Selamat hari guru.

2.  The best teaghers,teach from the heart not from the books. Happy teaghers day.

3.  One cent can start a million, one smile can start friendship. One touch can show you care, and  one teacher can make life worth living.

4.  Kalau ada didunia ini sesuatu kejujuran dan kelapangan hati, satu diantaranya adalah pekerjaan guru..   HAMKA.

5.   Beli dedok rumah Pok Ja

      Make  ko aye tepi jemore

      Kalau budak kure aja

      Bui Pnapa sebutir sore.        Ha…ha  … Selamat Hari guru.

6.   Dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk kelas kau kata DIA malas. Bila DIA beri nasihat kau kata DIA bung tabiat. Bila DIA marah-marah kau kata DIA cepat naik darah. Kini…. Kau adalah DIA. Selamat Hari Guru.

Selamat hari guru dari saya.

Maalim, Johor Bahru. 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.